Isnin, 12 Oktober 2009

Glitter Text
Make your own Glitter Graphics

Rabu, 2009 September 09



LATIHAN BERTERUSAN ( MENEMBAK SENJATA PERSENDIRIAN )
DILAPANG SASAR MENYALA PORT DICKSON
PADA 2 - 5 OKTOBER 2009



















SETIAP PERJUANGAN ITU PERLUKAN SEBUAH PENGORBANAN





HAJI WAHAB HAMID PEJUANG NEGARA BERCERITA PENGALAMAN BERTEMPUR DENGAN KOMUNIS

Sejarah pengorbanan warga tentera terdahulu atau lebih dikenali dengan gelaran veteran perang amat memberi makna bagi generasi pada hari ini untuk dijadikan iktibar atau panduan semoga sejarah negara dijajah semula tidak berulang.

Generasi sekarang seharusnya belajar melalui sejarah kerana sejarahlah yang mendewasakan kita.

Wartawan Berita Tentera Darat Malaysia (B TDM), Sjn Syuhaimi Saad dan Sjn Saifun Hakimi Zainon berkesempatan menemuramah veteran perang iaitu 4056 LKpl Hj Wahab Hamid (Bersara) 85 tahun yang pernah bertempur di Sungai Semur.

Sama-sama kita ikuti pengalaman beliau sewaktu kejadian pertempuran di Sungai Semur sekitar bulan Mac 1950.

LKpl Hj Wahab Hamid dilahirkan pada tahun 1926 di Kampung Terusan, Ju waseh, Negeri Sembilan.

Berasal daripada keluarga di mana bapanya hanya bekerja ka mpung, anak keempat daripada lima adik beradik ini mendapat didikan awal di sekolah Melayu Juwaseh sehingga darjah 5 dari tahun 1932 hingga 1937 dan meneruskan pengajian ke Sekolah Agama Jempol pada tahun 1938 hingga 1939.

Setelah tamat alam persekolahan beliau bekerja sebagai pekerja am di Singapura dan disebabkan minat yang mendalam untuk menyertai pasukan beruniform seterusnya menceburi alam ketenteraan pada 24 Ogos 1948 setelah berjaya menjalani pemilihan rekrut di Johor Baharu.

Sebagai anak kampung, amat berasa bangga kerana memilih kerjaya sebagai tentera kerana dapat berkhidmat untuk agama, bangsa serta negara.

Setelah tamat menjalani latihan rekrut di Port Dickson beliau ditugaskan di pasukan 3 RAMD.

Semasa di pasukan beliau menjalani kursus lanjutan sebelum melibatkan diri untuk tujuan latihan serta operasi.

Pada awal Mac 1950, Kompeni D telah menjalankan satu gerakan berhampiran dengan Gua Musang di Hulu Kelantan. Penempatan kompeni ialah Markas Kompeni, Platun 11 dan 12 di Pengkalan Pulai sementara Platun 10 berada di Bertam.


Pada 23 Mac 1950, jam 0730, Platun 12 Kompeni D berkekuatan seramai 25 orang terdiri dari 1 Pegawai, 1 Koperal, 4 Lans Koperal dan 19 prebet yang diketuai oleh Lt Muda Hassan Yassin ditugaskan untuk membuat rondaan ke Sungai Nenggiri selama tiga hari.

Platun ini telah diikuti oleh sekumpulan “Special Constable” (SC) berkekuatan 15 anggota diketuai oleh Sjn Wan Yaakob. Kumpulan konstabel ini ditugaskan untuk mengiringi 17 orang bangsa Cina untuk mengambil atap di perjalanan. Pada tengahari mereka berhenti untuk berehat dan berkhemah berhampiran Sungai Semur.

Kumpulan SC dan pengambil atap turut bermalam berhampiran pangkalan mereka. Pada keesokan harinya platun ini telah meninggalkan Kumpulan Konstabel dan Cina pengambil atap di situ untuk melaksanakan kerjakerja mengambil atap,sementara platun ini meneruskan tugasan rondaan ke Sungai Nenggiri dan pada jam lebih kurang 1400 mereka berhenti untuk makan tengahari.

Semasa makan, Lt Muda Hassan telah memberi arahan untuk berpatah balik ke pangkalan asal di mana kumpulan SC serta pencari atap tadi ditinggalkan kerana bekalan makanan yang di bawa tidak mencukupi. Platun telah bergerak pada jam 1530 dan sampai di pengkalan tersebut pada jam 1800.

Sebaik tiba di pengkalan, Sjn SC telah berjumpa dengan Lt Muda Hassan untuk memaklumkan yang mereka akan balik ke Pulai pada pagi esok jam 0800.

Seterusnya platun telah bermalam di situ. Pada keesokan harinya 25 Mac 1950 lebih kurang jam 1000 pagi, Lt Muda Hassan dan platunnya telah bersiap sedia untuk bergerak tetapi Kumpulan Konstabel dan kumpulan pengambil atap belum bersedia untuk bergerak. Oleh itu Lt Muda Hassan telah mengarahkan kumpulan tadi agar bergerak secara bersendirian kemudiannya.

Pada jam lebih kurang 1030 pagi, selepas hampir 30 minit bergerak menyusuri Sungai Semur platun ini telah melalui satu kawasan di seberang sungai terdapat cerun bukit.

Dengan tidak semena- mena, beberapa saat tembakan dari arah belakang platun pula dilepaskan. Dengan serta merta hampir separuh dari anggota termasuk Lt Muda Hassan telah gugur.


Pada ketika itu, memang agak sukar sesiapa juga untuk mengganggarkan berapa ramaikah bilangan pengganas komunis di dalam kumpulan serang hendap tersebut.

Lt Muda Hassan dilihat mengacukan pistolnya untuk melepaskan tembakan kearah musuh tetapi beliau ditembak terlebih dahulu.

Anggota-anggota lain dari platun telah bertindak dengan garang dan melepaskan tembakan balas ke atas musuh, Kpl Jamaluddin Muhammad dengan serta merta mengambil alih tugas sebagai Ketua Platun.

Beliau telah mengarahkan tembakan Mortar 2 inci ke arah kedudukan musuh. Namun tembakan ini tidak berhasil disebabkan peluru mortar tersebut terkena pada pohon buluh yang menutupi kawasan itu, Kpl Jamaludin bersama anggota lain telah cuba merapati tebing di sebelah mana mereka ditembak untuk memberi tentangan dengan membaling bom tangan tetapi tindakan ini sukar dilakukan kerana di samping berhadapan musuh, kumpulannya juga ditembak oleh musuh dari arah tebing yang bertentangan di sebelah sungai.

Pertempuran berterusan hampir empat jam antara kedua belah pihak, pihak musuh yang ramai dijangkakan melebihi 200 orang komunis.

Dalam keadaan pertempuran yang sengit itu, pihak musuh telah cuba beberapa kali untuk menghampiri anggota yang tercedera dan terkorban untuk mengambil senjata dan menyerang kedudukannya tetapi gagal dengan tentangan yang diberikan pihak Batalion Ketiga Askar Melayu Diraja.

LKpl Hj Wahab Hamid pada ketika itu berpangkat prebet mengalami kecederaan yang teruk akibat terkena tembakan di peha kanan dan menembusi hingga ke peha kiri serta kaki kirinya terkena serpihan bom tangan hingga mengakibatkan kecederaan kekal hingga ke hari ini.

Setelah dua hari dua malam di dalam hutan menahan kesakitan dan menunggu bantuan dari pasukan sahabat beliau dan rakan-rakan yang tercedera hanya mampu berdoa dan berserah kepada-Nya, tidak disangka-sangka peha kirinya terkeluar ulat sebesar batang mancis, akibat terlalu lama menahan kecederaan dan luka-luka yang tidak dirawat.

Setelah pasukan penyelamat sampai mereka semua dibawa ke luar ke penempatan Kem terdekat dan di hantar ke hospital untuk rawatan seterusnya.

Tragedi ini merupakan satu sejarah dan akan dikenang serta akan disematkan dalam lipatan sejarah negara kita amnya dan Batalion Ketiga Askar Melayu Diraja khasnya pada setiap 25 Mac.

Ia akan wujud untuk dipersembahkan dan ditauladani oleh generasi kini bagi membanteras musuh hingga ke titisan darah terakhir.






PENGENALAN KEPADA

ASKAR WATANIAH
• Anda bekerja tetapi bosan setiap hari minggu?
• Ingin memenuhkan masa lapang yang tidak terisi?
• Ingin mencari pendapatan tambahan?
• Ingin personaliti diri berdisplin dan bersemangat tinggi?
• Ingin mengetahui serba sedikit dunia ketenteraan?
• Ingin mengikuti kursus menarik yang ditawarkan oleh tentera?
• Berbangga berpakaian seragam tentera dan persenjataannya dan ingin mencuba? dan....
• Ingin memberi sumbangan kepada pertahanan negara?
ASKAR WATANIAH SESUAI MENJADI PILIHAN UTAMA ANDA
SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

Individu yang ingin berkhidmat dalam Askar Wataniah sama ada sebagai anggota biasa (Lain-lain Pangkat) atau pegawai mesti memenuhi syarat-syarat asas seperti berikut:
• Warganegara Malaysia.
• Berumur antara 18 hingga 45 tahun.
• Sihat tubuh badan.
• Lulus persekolahan sekurang-kurangnya PMR atau lulus Sijil Pelajaran Malaysia sekurang-kurangnya Gred 2 (Pegawai).
• Penerimaan tertakluk kepada keputusan tapisan keselamatan (tiada kes jenayah).


DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

Mempertahankan negara adalah tanggungjawab setiap warga. Jika anda terpanggil untuk sama-sama memikul tanggungjawab ini, anda hanya perlu mendaftarkan diri di pasukan-pasukan berhampiran dengan membawa dokumen-dokumen berikut:
• Salinan Kad Pengenalan Awam.
• Salinan Sijil Warganegara (Jika ada).
• Salinan Sijil Kelahiran.
• Salinan Sijil Nikah dan Surat Beranak Anak (Jika berkahwin).
• 4 Keping Gambar Warna Ukuran Pasport.
• Salinan Sijil-sijil Akademik/Tamat Persekolahan.

MENGENALI
ASKAR WATANIAH


WATANIAH atau lebih dikenali sebagai Rejimen Askar Wataniah merupakan sebuah pasukan SUKARELA yang dianggotai oleh orang-orang awam yang berkelayakan dan berumur antara 18 tahun ke atas.

SIAPAKAH YANG BOLEH
MENYERTAI ASKAR WATANIAH

Warganegara Malaysia yang layak menganggotai WATANIAH seperti:
1. kakitangan awam
2. orang-orang kampung
3. kakitangan swasta
4. pekerja kilang
5. pelajar kolej
6. pekerja ladang
7. peneroka felda
8. peniaga
9. nelayan
10. penoreh getah

dan mana-mana warganegara Malaysia yang berumur antara 18 tahun hingga 45 tahun ( lelaki atau wanita - bujang ataupun sudah berkahwin )

1. ELAUN LATIHAN

Elaun latihan Mingguan akan dibayar pada setiap kali anggota hadir latihan hujung minggu seperti hari Sabtu atau Ahad.

ELAUN UNTUK LAIN-LAIN PANGKAT
( Prebet hingga Peg. Waran 1 )

RM 6.00 sejam

ELAUN UNTUK PEGAWAI

RM 7.80 sejam

2. ELAUN PERJALANAN

Dibayar mengikut jarak perjalanan dari rumah anggota ke kem latihan
(mengikut jenis kenderaan yang digunakan) seperti :
1. bas
2. motosikal
3. kereta


3. PAKAIAN

Setiap anggota WATANIAH akan diberikan pakaian latihan percuma sebagaimana anggota tetap.

4. RANGSUM/ MAKANAN PERCUMA

Diberikan kepada anggota WATANIAH yang menghadiri latihan tempatan hujung minggu/ latihan tahunan.

5. INSURAN TAKAFUL

Dengan hanya mambayar RM12.00 setahun kepada takaful, anda dilindungi insuran berjumlah RM 20,000.00 semasa menghadiri latihan/ kursus




Pengikut

INFO DAN MAKLUMAT KEPADA ANGGOTA

Blog ini telah dihasilkan oleh Pegawai-pegawai Sukarela Batalion 2. Moga dengan adanya blog seperti ini akan dapat memberikan sedikit info berguna kepada semua pegawai dan anggota Batalion 2 tentang program dan aktiviti batalion sepanjang tahun. SEGALA PERTANYAAN, PANDANGAN DAN MASALAH TENTANG JADUAL LATIHAN, ELAUN LATIHAN DAN SEBAGAINYA BOLEHLAH MENGHUBUNGI PEGAWAI-PEGAWAI BERIKUT : Mejar Mustapa Bin Sulaiman ( 010-6008292 )Kapten Ahmad Zamri Bin Kemat ( 012 -3473236 ) Lt Fauzi Bin Razi ( 012-6229917 )