Isnin, 28 Januari 2013

DEMONTRASI KUASA TEMBAKAN 
DI ASAHAN
 Tengu's Avatar
Kepada semua pegawai dan anggota LLP Batalion 2 yang berminat untuk menyaksikan demo kuasa tembakan pada tarikh 24 - 27 JUN 2013, sila ajukan nama kepada pihak kem sebelum 10hb JUN..tempat adalah terhad....sebarang pertanyaan sila hubungi pejabat tadbir kem. No telefon seperti tertera di laman hadapan blog. Maklum

recoil
Battlefield 3 mortar - Guillotine teaser





PERBARISAN PEMBUKAAN LATIHAN TEMPATAN 2013 - REJIMEN 508 ASKAR WATANIAH DI MARKAS REJIMEN, KEM JALAN RASAH, SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN 

Sempena dengan permulaan latihan tempatan Rejimen 508 bagi tahun 2013, satu acara perbarisan telah diadakan bagi perasmian latihan tempatan oleh Komander Rejimen 508 AW Brigedier Jeneral Dato Shahrom Bin Mohammad pada 27hb Januari 2013 bertempat di padang kawad Markas Rejimen 508 Kem Jalan Rasah. Perbarisan tersebut diketuai oleh Mejar Mustapa Bin Sulaiman ( Pegawai Sukarela Batalion 2, Kem Tampin ). Seramai 17 org pegawai dan 130 anggota lain-lain pangkat ( termasuk anggota tetap rejimen 508 AW ) telah terlibat dalam perbarisan pagi tersebut yang bermula pada pukul 09.30pagi. Antara amanat komander pada hari tersebut ialah mengharapkan para pegawai dan anggota Rejimen 508 supaya terus aktif dan memberikan komitmen yang padu terhadap pasukan. Beliau juga mengharapkan agar penglibatan orang awam utk menyertai Askar Wataniah akan bertambah melalui peranan anggota sedia ada bagi menarik minat belia-belia.
Majlis perasmian pagi itu diakhiri dengan sesi bergambar bersama komander. Semua pegawai dan anggota telah terlibat sama dalam acara bergambar tersebut. Selepas majlis jamuan, Komander dan para pegawai sukarela telah bermesyuarat di bilik mesyuarat rejimen dengan disertai Timbalan Komander Lt Kol Mahadi Bin Abu bagi membincangkan permasalahan pegawai dan anggota rejimen sepanjang tahun 2012 dan membincangkan perjalanan aktiviti setiap batalion bagi tahun 2013.

Tengu's Avatar




Pengikut

INFO DAN MAKLUMAT KEPADA ANGGOTA

Blog ini telah dihasilkan oleh Pegawai-pegawai Sukarela Batalion 2. Moga dengan adanya blog seperti ini akan dapat memberikan sedikit info berguna kepada semua pegawai dan anggota Batalion 2 tentang program dan aktiviti batalion sepanjang tahun. SEGALA PERTANYAAN, PANDANGAN DAN MASALAH TENTANG JADUAL LATIHAN, ELAUN LATIHAN DAN SEBAGAINYA BOLEHLAH MENGHUBUNGI PEGAWAI-PEGAWAI BERIKUT : Mejar Mustapa Bin Sulaiman ( 010-6008292 )Kapten Ahmad Zamri Bin Kemat ( 012 -3473236 ) Lt Fauzi Bin Razi ( 012-6229917 )